12/11/19

Pengalaman Temuduga DH 41 Pegawai Pengajian Tinggi (AgroTEK) [2019]

Hi, Salam, Assalamualaikum...

Bila mana kamu sudah sampai ke laman web ini, bermakna kamu sudah mendapat panggilan bagi jawatan DH 41 Pegawai Pengajian Tinggi. Rasa takut, rasa berdebar-debar dan rasa ingin tahu apa yang bakal terjadi adalah perkara biasa yang terjadi kepada calon-calon temuduga. Apa yang bakal dituliskan ini jangan lah amik semua perkara, orang kata mana  yang baik kita ambil, mana yang buruk jangan buang terus, kita cuba perbaiki.

Lampiran blog kali ini aku cuba menceritakan pengalaman aku sebagai salah seorang calon temuduga bagi jawatan ini dari sudut seorang yang biasa sahaja, yang mana tidak mengeluarkan peruntukan yang banyak dan juga persediaan yang agak tidak seberapa rapi. Sebagai seorang planters semi-sejati, memang pada permulaan dapat tawaran temuduga ini tidak menjangkakan apa-apa cuma dalam hati terdetik 'muka macam ini pon ada orang nak amik jadi pensyarah' haha. 

1) SEBELUM TEMUDUGA

Pada hari keputusan tarikh temuduga keluar, aku pergi ke laman web SPP (www.spp.gov.my) untuk memeriksa tarikh dan tempat temuduga. Ini perkara pertama yang perlu dilakukan oleh calon temuduga supaya tidak terlepas temuduga kerana zaman masa ini nak dapat temuduga pun susah apatah lagi mencari kerja yang barukan. Pada masa ini pun sudah berdebar-debarkan, bak kata orang 'bukan selalu makan KFC kan'. Jadi memang rasa teruja dan gembira bila mendapat tahu tempat dan tarikh temuduga ini.

Selesai memeriksa tarikh dan tempat temuduga, perkara pertama yang dilakukan adalah mencetak borang yang terdapat dalam laman web SPP tersebut. Setiap perkara dalam borang tersebut dibaca dengan teliti ibarat mengambil peperiksaan bahasa melayu pemahaman darjah 6, setiap dokumen yang diperlukan akan dicatat dan setiap perkara yang penting perlu diambil kira. Pada masa ini anda perlu sediakan sedikit wang jika anda tidak memiliki printer atau laptop sendiri untuk mencetak borang. Sebelum terlupa, anda perlu sedikit wang untuk photostat segala dokumen yang diperlukan.

Mengenai dokumen, anda ikut sahaja apa yang diminta oleh borang tersebut seperti salinan ic, surat beranak dan lain-lain dan saya tidak membuat apa-apa pengesahan dokumen kerana pada pemikiran saya dokumen asal diperlukan semasa pendaftaran. Dokumen yang lengkap SANGAT PENTING memastikan anda layak untuk masuk ke bilik temuduga. Sudah berkali-kali saya ingatkan bahawa dokumen yang diminta adalah mustahak dalam temuduga ini. Jangan sudah sampai di sana mahu menangis hehe.

2) HARI TEMUDUGA

Hari yang dinantikan umat SPP dimana mereka akan dinilai dan ditimbang kemahiran meraka dan hari yang sangat berdebar buat kami semua. Saya telah dijadualkan untuk ditemuduga pada pukul 10 pagi di Pejabat SPP di Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hehe. Pastikan anda datang awal dan jangan jadi seperti saya kerana saya sampai di Putrajaya pada pukul 9 pagi. Sampai disana, sudah ramai yang menunggu untuk masuk. Tetapi sebelum masuk ke dalam pejabat SPP, anda perlu mengambil PASS MASUK yang mana hanya boleh diambil 30 minit sebelum temuduga bermula. Anda tidak perlu risau terlepas masa temuduga kerana kebiasaannya temuduga HANYA bermula apabila semua calon berkenaan telah mendapat pass masuk dan mendaftar di kaunter.

Selepas menanti kira-kira 30 minit untuk mendapatkan pass masuk, kami berjalan kira-kira 100 meter ke pejabat SPP di block b(kalau tidak silap). Sebaik sahaja masuk ke dalam pejabat SPP, calon-calon perlu mendaftar dikaunter dan akan disusun untuk  masuk ke dalam bilik temuduga. Hari yang agak suram bagi saya kerana mendapat giliran yang pertama untuk ditemuduga. Kami dari kursus AGROTEK telah dibahagikan kepada 3 kumpulan dan satu kumpulan terdiri dari 8 orang. Ini bermakna sekali temuduga seramai 8 orang sekali gus. 

Sebelum masuk ke dalam bilik temuduga kami diberitahu oleh Puan Pendaftar sedikit sebanyak mengenai penemuduga yang mana terdiri daripada dua wakil iaitu Dato Muklis dan juga Tuan Haji Politeknik (tidak ingat nama beliau). Apabila loceng dibunyikan, kami dibenarkan masuk. Dato and Tuan Haji ini meraka sangat ramah, pada mulanya meraka mulakan dengan berbual kosong and membuat sedikit lawak. Kami yang pada mulanya gemuruh menjadi lebih tenang dan santai. Seperti biasa kami disuruh memperkenalkan diri dan juga sedikit soalan pengajian am dan juga soalan teknikal mengenai kursus kami. Bual punya bual sudah hampir 2 jam kami didalam bilik temuduga tersebut. 

3) PERKARA PENTING

Disini saya tuliskan beberapa perkara penting untuk dijadikan rujukan supaya anda tidak terlepas pandang beberapa perkara;

  1. Pastikan dokumen lengkap 
  2. Pastikan tarikh dan masa temuduga anda betul
  3. Datang awal ke lokasi temuduga
  4. Pastikan pakaian kemas, kasut, seluar hitam, kalau ada kot lagi kemas
  5. Baca sedikit mengenai pengajian am, rukun negara, sejarah merdeka, perdana menteri dan lain-lain.
  6. Jangan lupa ulangkaji pelajaran masa di universiti, mungkin boleh membantu anda semasa temuduga
  7. Jangan lupa solat hajat dan berdoa.

Sampai sini sahaja penulisan ini, harap penulisan ini sedikit sebanyak memberi gambaran kepada anda suasana disana supaya anda lebih bersedia. Akhir kalam semoga anda semua berjaya dalam temuduga anda. AMIN.

p/s: result dalam post akan datang.







Categories: ,

0 ulasan:

Catat Ulasan